
Dengan hormatnya dimaklumkan kepada tuan2/puan2 Program Hari Keluarga PTDH akan diadakan pada minggu ini sepertimana telah dirancangkan. Pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan2/puan2 hadir menjayakan program ini demi manfaat anak-anak, ibubapa dan sekolah keseluruhannya.
1) Maklumat program adalah seperti berikut:
Nama: Hari Keluarga PTDH 2013
Tarikh: Sabtu, 13 April 2013
Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 Tengahari
Tempat: Stadium Setiawangsa (selepas Masjid Setiawangsa, Muaz Ibn Jabal berhampiran dgn rumah2 kedai.) (Google Map: https://maps.google.com/maps? daddr=3.178684,101.740595)
2) Sehubungan dengan ini pihak sekolah mengharapkan agar tuan2/puan yang hadir dapat membantu terutamanya di dalam acara permainan sebagai pengadil, juri dan pencatat keputusan.
Maklumat lanjut mengenai senarai keperluan tugas ini terdapat di dalam pautan berikut https://docs.google.com/ spreadsheet/ccc?key= 0Aq2VqpU7WRUadHZ6eU0wck50UUpCL W5YMnVxdTBVX3c&usp=sharing
Tuan2/puan2 dipelawa menulis terus di dalam senarai di atas bagi tugas yang tuan2/puan2 pilih untuk terlibat. Hal ini akan memudahkan pihak sekolah membuat persediaan awal sebelum hari program.
3) Di samping itu pihak sekolah memerlukan sukarelawan untuk bertugas sebagai: 1) Pendaftaran (bapa), 2) Pendaftaran (ibu) dan 3) Urusan hadiah (ibu). Besarlah harapan jika tuan2/puan2 sudi tampil sebagai sukarelawan sepertimana yang disebutkan.
4) Sempena dengan program ini, pihak sekolah juga akan membuka kaunter jualan untuk tuan2/puan2 menjual barang-barang/makanan sepanjang program berlangsung. Untuk urusan tempahan, diharap tuan2/puan2 dapat berhubung terus dengan Ummi Fauziah di talian 019-3848366.
No comments:
Post a Comment